Thursday, December 20, 2012

Kata Bantu



Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.
1. Kata Bantu Aspek
Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Contoh:
Sudah berlaku - sudah, telah, pernah
Sedang berlaku - sedang, masih
Belum berlaku - belum, akan
Contoh:

1.     Kereta api dari utara telah sampai.
2.     Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segera.
3.     Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4.     Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.     Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah

Wednesday, December 12, 2012

Kata Keterangan






Kata Keterangan
1        Menerangkan kata adjektif dan kata kerja
2        Contoh: Rumah saya agak jauh dari sini


      Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini



                  
 
Kata Keterangan
Penggunaan
Contoh
Ayat Contoh
Cara / gaya
Menerangkan cara
begitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena
         Janganlah begitu nakal
         Buku harus disusun begini
         Memang demikianlah cerita yang saya dengar
Masa / waktu
Menerangkan masa / waktu
akan, sedang,  belum, telah, sekarang, sebentar, semalam
         Saya terasa mengantuk sekarang
         Saya belum makan lagi
          Kerja rumah sudah saya hantar semalam
Bantu
menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar
         Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
h)      Kakak masih menuntut di Universiti Sains Malaysia
Tanya
menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
bagaimana, bila, mengapa, apa, kenapa, siapa
          Bila kamu akan sampai?
          Apakah maksud kamu?
         Kenapakah kamu dating?
Darjah
menerangkan darjah kata adjektif
agak, amat, nian, paling, sangat
          Buku itu sangat mahal
        Baju itu agak cantik
Nafi
menafikan atau menyangkal
bukan, tak, atau tidak
         Buku itu bukan saya punya
         Saya tidak berkerlakuan jahat
Tak Tentu
menerangkan sesuatu yang belum pasti
agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin
        Entah-entah dompet saya tercicir
          Mereka sudah sampai agaknya
Penegas
menyatakan penegasan
hanya, jua, saja, juga
          Saya hendak berehat
         Saya saja tanya
Kekerapan
menyatakan kekerapan berlakunya peristiwa
ering, selalu, sentiasa
          Saya sering sakit kepala
         Saya selalu ke rumahnya
Umum
menyatakan sesuatu secara umum
nyaris, langsung
           Pasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.
       Kapl terbang itu terbang langsung dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur