Tatabahasa.
Kata Nama Am1.Kata Nama am: Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada orang,benda, haiwan tempat,tumbuh-tumbuhan dan lain-lain secara umum.
Huruf awal kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali jika ditulis pada awal ayat.
Contoh:
a) orang : hakim , mekanik ,guru ,nelayan ,emak , abang
b) Benda : majalah ,televisyen ,pisau ,cangkul, kapal
c) Haiwan : tupai ,buaya,serigala , belalang ,penyu , angsa.
d) Tempat : hospital , dewan , kantin ,sekolah , kampung
e) Tumbuhan-tumbuhan : orkid, cendawan ,timun , bayam.
Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama
yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama
ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah
nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa
ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi
menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda; misalnya
: Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang; misalnya
: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) binatang
; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) tempat ;
misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan
nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan kata nama
.Kata ganti nama
terbahagi kepada:
a. Kata ganti nama
diri
b. Kata ganti nama diri tanya
c.Kata ganti nama
tunjuk
d. kata ganti nama umum
A. Kata nama diri digunakan
untuk menggantikan nama seseorang.Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga :
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
B.Kata ganti nama
diri tanya ialah perkataan yang digunakan untuk membina
ayat tanya atau menanyakan sesuatu.Tanda tanya(?) digunakan pada akhir
ayat tanya,Kata ganti nama diri tanya yang digunakan pada awal ayat mesti diikuti
partikel "-kah"
ayat tanya atau menanyakan sesuatu.Tanda tanya(?) digunakan pada akhir
ayat tanya,Kata ganti nama diri tanya yang digunakan pada awal ayat mesti diikuti
partikel "-kah"
Kata
Ganti Nama Diri Tanya
|
Kegunaannya
|
1.apa
|
Menanyakan benda
|
2.siapa
|
Menanyakan manusia
|
3.mana
|
Menanyakan tempat
|
4.bila
|
Menanyakan masa
|
5.bagaimana
|
Mananyakan cara
|
6.berapa
|
Menanyakan bilangan,nilai
|
7.mengapa
|
Menanyakan sebab atau alasan
|
Kuiz kata tanya atas talian
C.Kata Ganti Nama Tunjuk digunakan untuk menunjukkan nama benda,tempat,dan hal yang hendak dinyatakan.
Kata
Gantu Nama Tunjuk
|
Kegunaannya
|
1.ini
|
Menunjukkan
sesuatu yang dekat
|
2.itu
|
Menunjukkan
sesuatu yang jauh
|
3.sini
|
Menunjukkan
tempat yang dekat
|
4.situ
|
Menunjukkan
tempat yang tidak begitu jauh dari orang yang berbicara
|
D.Kata Ganti
nama umum digunakan untuk menggantikan nama orang,tempat
,haiwan,benda,,atau hal yang tidak khusus dan secara tidak tentu.Tanda soal
tidak perlu diletakkan pada akhir ayat tersebut walaupun kata Tanya digunakan
dalam pembinaan ayat kata ganti nama umum.
Contoh Ayat :
1.Rina tidak jumpa di mana dia meletakkan buku itu.
2.Kumari tidak ingat bagaimana caranya membuat kuih itu.
3.Merka tidak pasti bila bot penyelamat akan tiba.
4.Anita berasa hairan kenapa lelaki itu tersenyun padanya.
5.Ibu tidak nampak siapa yang memtik bunga mawarnya.
Kata Sendi
Kata sendi
ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk
frasa
Kata tugas digunakan sebelum kata
nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai
pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi
Nama
|
Tugas/contoh
|
di
|
Menunjukkan
tempat (di pejabat)
Menunjukan
perbuatan (dipukul, dicuci)
|
ke
|
Menunjukkan
tempat atau arah tujuan (ke Indonesia)
Menunjukkan
waktu (dari petang hingga ke malam)
|
dari
|
Menunjukkan
tempat atu arah datang
Menunjukkan
waktu atau masa
|
kepada
|
Menunjukkan
sasaran/ditujukan
Menunjukkan
bahagian sesuatu
Menunjukkan
perubahan keadaan
|
daripada
|
Menunjukkan
punca (cadangan daripada Perdana Menteri)
Menunjukkan
sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan
perbandingan (lebih banyak daripada)
|
pada
|
Menunjukkan
tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen)
Menunjukkan
tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan
keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
|
untuk
|
Menunjukkan
kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu)
Menunjukkan
sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
|
bagi
|
Menunjukkan
kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid)
Derma
bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
|
demi
|
menunjukkan
tujuan
menunjukkan
urutan
Untuk
menegaskan sesuatu
|
tentang
|
Menunjukkan
rujukan
|
dengan
|
Menunjukkan
turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan
dilakaukanMenunjukkan benda yang digunakanMenunjukkan persamaan
|
sejak,
semenjak
|
Menjadi
penanda waktu atau masa
|
terhadap
|
Menunjukkan
rujukan yang tentu
|
oleh
|
Menunjukkan
pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab
|
akan
|
Menunjukkan
rujukan selepas kata atau frasa adjektif
|
hingga,
sampai
|
Menunjukkan
had masa atau peringkat
|
seperti,
bagai, umpama, laksana, bak
|
Menunjukkan
perbandingan
|
Kata
Hubung
Kata hubung ialah kata yang bertugas menghubungkan kata, frasa
dan ayat.
Kata Hubung
|
Contoh
Penggunaannya
|
Apabila
|
Para penonton
tertawa apabila melihat telatah pelawak itu.
*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan
dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
|
Supaya / agar
|
Anda perlu berakhlak
mulia supaya anda dihormati orang. (atau)
Anda perlu berakhlak mulia agar anda
dihormati orang.
* Agar dan supaya mendukung
makna yang sama .Oleh itu, pilihlah salah satu saja.
|
Oleh sebab
|
Pertandingan
syarahan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat sambutan
* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi
mesti diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung
|
Jika / sekiranya
|
Saya akan
datang jika hari tidak hujan.
Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.
*Kata jika
dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah salah
satu saja.
|
Kata
Kerja
Kata kerja terbahagi
kepada :
A. Kata Kerja
Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak
Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja
Transitif
1. Kata Kerja Transitf
ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda
yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada
peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini
biasanya mempunyai imbuhan ‘me-’ sama ada sebagai awalan atau sebahagian
daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki,
mempersilakan.
1.Kata kerja
transitif ialah kata kerja yang
mesti disertai oleh objek, iaitu
kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata
kerja transitif
radio ialah objek
(kata nama)
Kata kerja transitif
menggunakan imbuhan men, men …i, men …kan, memper, memper…i, dan memper…kan.
Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu
menangkap seekor burung.
2. perempuan itu
menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis
surat.
Dalam ayat pertama
Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung
ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua
Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda
yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa
ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena
buat atau penyambut.
(a)
Pak Abu menjala ikan.
(b)
Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
“Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan,” kata ketua kampung.
(d)
Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)
Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja transitif
|
penyambut ( Objek )
|
Dia suka
|
membaca
|
buku
|
Jamilah
|
memukul
|
seekor ular
|
Abidin
|
menjual
|
kuih-muih
|
Ramli
|
berjalan
|
ke sekolah
|
Kereta itu
|
melanggar
|
seekor lembu
|
B. Kata Kerja Tak
Transitif
Kata kerja tak
transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri
kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu
ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan
pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang
tidur.
3. Hujan turun dengan
lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama
Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua
Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga
Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat )
|
Kata kerja tak Transitif
|
keterangan
|
Kami
|
mandi
|
di tasek itu.
|
Dia
|
senyum
|
semasa berjalan
|
Saya
|
menyanyi
|
dengan kuat
|
Hassan
|
berjalan
|
ke sekolah
|
2. Kata Kerja Tak
Transitif
1. Kata
kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri
sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.
Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada
yang berimbuhan ber, men, ter, ber… an,
dan ber…kan.
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c)
Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja
tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘
I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan
jentera itu.
2. Emak sedang
menidurkan adik.
3. Pekerja itu
menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti
perbualan mereka.
5. Saya sudahi
syarahan saya ini dengan ucapan salam.
3 Kata Kerja Pasif
1.Kata kerja pasif
ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitiftetapi
yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat,
atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis
kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri
kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif
diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat,
kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.Kata kerja pasif
diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat,
kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5Kata kerja pasif diri
ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Nota-nota yang dipaparkan lengkap dan padat. Sesuai dijadikan bahan ulangkaji murid-murid.
ReplyDelete