Wednesday, October 31, 2012


BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara kita.Bahasa rasmi membawa maksud bahasa yang digunakan secara meluas ooleh pihak kerajaan sesebuah negara dalam semua urusan rasmi.Bahasa Melayu mempunyai 5 fungsi yang utama.

a)Sebagai bahasa rasmi
   - digunakan dalam pelbagai situasi rasmi.
   - dipertimbangkan sebagai bahasa rasmi tunggal pada 1 September 1967 dalam 
     perlembagaan  persekutuan.

b)Sebagai bahasa ilmu
   - sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu 
     pengetahuan moden.
   - mempunyai perbendaharaan kata,istilah dan bahasa yang sesuai untuk 
     mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak.
  -  mempunyai keintelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa.

c)Sebagai bahasa perpaduan.
   - sebagai satu bahasa pengantar antara kaum untuk menyetupadukan semua bangsa.
  
d)Sebagai bahasa pengantar.
   - pelbagai usaha dijalankan oleh kementerian pendidikan untuj menjadikan Bahasa 
     Melayu sebagai bahasa ilmiah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek.

e)Sebagai bahasa komunikasi.
   - Walaupun mempunyai penduduk yang berbilang bangsa.Namaun semua penduduk 
     berupaya berkomunikasi dengan satu bahasa iaitu bahasa kebangsaan.Komunikasi 
     ini boleh berlaku secara lisan ,bacaan atau tulisan.






                    Yang kurik itu kendi 

                    Yang merah itu saga

                    Yang molek itu budi

                    Yang indah itu bahasa