Wednesday, November 28, 2012

Peribahasa


Peribahasa sekolah rendah:slideshare


Peribahasa  sekolah menengah :slideshare

Kuiz Bahasa


Kuiz Tatabahasa :Simpulan bahasa


Puisi





















DETIK PERTEMUAN
Aku ingin menatap wajahmu
dengan sepuasnya
aku ingin bercerita
tentang hati ini
telah begitu sarat rindu yang kubawa
hanya seketika bertentang mata
lalu menahan indahnya tusukan perasaan
dalam hambatan waktu
berputar laju
agar tidak ketara
di kesamaran senja
menahan sebak didalam dada

kekasih
alangkah comelnya kamu
malam ini aku menatap sunyi yang bening
selepas hujan bernyanyi
bagai meninggalkan taburan manis
kata kata dan janji
semoga ketemu lagi

kau akan selalu di hatiku
sepanjang musim berganti
bersama kembangnya bunga bunga
seharum seindah cinta kita
kau akan selalu dalam kenangan jauh
meski pun pertemuan ini
barangkali
hanya sedetik untuk selamanya.



 

PELUKIS DARI GUNUNG 
Di daerah terasing ini
aku mencari indahMu
dalam kabus pergunungan
dalam hijau merah periuk kera
perlembahan basah
kembang unggu senduduk
tersipu malu
menunduk

Betapa sayu daerah ini
hanya burung burung menemani
menyingkap kembali
lembaran kenangan
semasa kita bersama dulu
di tengah arus kota
penuh cabaran dan luka luka
namun di sini ada sesuatu
yang sangat kuharapkan
menjelma semula
menjadi kenyataan

aku mencari kedamaian
ketenangan bersama warna
dalam setiap coretanku menari
aku akan terus melakarkannya
dari indah yang tersembunyi
akan terus aku lukiskan
dengan cara aku sendiri.

Saturday, November 24, 2012

PANTUN



Definasi Pantun
Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakat Melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang Melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selainitu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.Dalam bahasa Jawa pula, pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa Sunda dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri empat baris dan berakhir dengan pola a-b, a- b. Pada zaman dahulu pantun merupakan sastera lisan, namun sekarang dijumpai dalam bentuk  bertulis.Di samping itu juga, pantun mempunyai peranan tersendiri, iaitu pantun merupakan adat memelihara bahasa, menjadi penjaga fungsi kata dan kemampuan menjaga alur berfikir. Pantun melatih seseorang berfikir tentang makna kata sebelum berujar. Ia juga melatih seseorang berfikir secara asosiatif, bahawa suatu kata akan memiliki kaitan dengan kata yang lain.Pantun juga merupakan warisan orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Keindahan kata dalam khazanah bahasa Melayu memperlihat daya cipta pemikiran dan falsafah masyarakat Melayu tradisional yang tinggi, asli dan bernilai seni

 






JENIS-JENIS PANTUN
1.      Pantun dua kerat
2. Pantun empat kerat
- Pantun kanak-kanak
- Pantun jenaka
- Pantun bersukacita
- Pantun berdukacita
- Pantun kiasan
- Pantun budi
- Pantun nasihat
- Pantun agama
- Pantun kasih sayang
- Pantun nasib
3. Pantun enam kerat
4. Pantun lapan kerat
5. Pantun sepuluh kerat
6. Pantun dua belas kerat
7. Pantun empat belas kerat
8. Pantun berkait


2.      Contoh:
• Pantun dua kerat
• Pantun kanak-kanak
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

• Pantun empat kerat
• Pantun jenaka
Ayam disabung jantan dipaut,
Jika ditambat kalah laganya,
Asam di darat ikan di laut,
Dalam belanga bertemu jua.

• Pantun enam kerat
Apa di harap padi seberang,
Entah berderai entahkan tidak,
Entah dimakan pipit melayang,
Apa diharap kekasih orang,
Entah bercerai entah tidak,
Entah makin bertambah sayang.

MANTERA
• Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)

TEROMBA
• Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
• Merupakan susunan kata-kata adat.
Ciri-ciri
• Puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris, rangkap, rima atau jumlah perkataan dalam satu baris.
• Terdapat sisipan berbagai-bagai puisi yang lain, misalnya pantun, gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba.
• Isinya memuat hal-hal yang berhubungan dengan undang-undang, adt istiadat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
• Contohnya: Terombo dalam adat istiada perkahwinan.

GURINDAM
• Sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran. (Kamus Dewan).
• Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi.
• Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama.
• Jenis-jenis gurindam :-
Gurindam serangkap dua baris
Gurindam serangkap empat baris                                       
Gurindam bebas

Contoh Gurindam
Apabila banyak berkata-kata,                                
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih suka,
itulah tanda hampirkan duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.

SELOKA
• Menurut kamus dewan seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll)
• Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.
• Bentuk puisi lama yang ditulis secara berangkap-berangkap
• Rima akhir adalah tidak tetap
• Ia digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan
• Seloka tidak mempunyai pembayang
• Contoh seloka tiada pembayang :
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.

TEKA-TEKI
• Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar atau rumit yang jawapanya harus diduga, soalan untuk menduga akal
• Contoh teka-teki ialah :
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?


 CI R I-CI RI PANTUN  YANG  BAIK
·         Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
·         mengandungi 4 kerat/baris
·         jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan 
·         jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
·         ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris dibawa
·         bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
·         bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakanunsur ala maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
·         sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang danmaksud, mempunyai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

  
FUNGSI PANTUN
a) Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan,dan adat istiadat.
b) Sebagai  alat  komunikasi  untuk  menyampaikan  isi  hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi
.c) Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
d) Sebagai alat pendidikan sama ada secara menyindir, kiasan atau berterus-terang.
e) Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba.
f) Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan,cita-cita, daya estetik dan perspektif mereka seluruhnya
  

Contoh-contoh pantun
1. Dua Kerat 

Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.

Pantun menunjukkan dalam keadaan serba salah.
Jika dibuang akan rugi dan dipingirkan juga rugi.

. Empat Kerat - Teka-teki 

Kelip-kelip disangka api,
Kalau api di mana puntungnya;
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati di mana kuburnya?

Pantun empat kerat jenis teka-teki di atas membawa maksud jika seseorang mati atau hidup mesti ada asal usulnya. Selain itu, orang mati mesti ada kubur.

3. Empat Kerat - Jenaka

Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang

Pantun jenaka diatas menunjukan jenaka atau kelakar kerana ayam tidak mungkin berlumba berenang kerana ayam tidak tahu berenang
 
4. Empat Kerat - Kasih Sayang 

Burung merbuk membuat sarang.
 Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.

Pantun kasih sayang diatas bermaksud kalau sudah sayang kita akan nampak orang yang disayangi itu cantik, baik dan segalanya sempurna. Walaupun dimata orang lain tidak nampak.

. Empat Kerat - Nasihat 

 Air melurut ke tepian mandi,
Kembang berseri bunga senduduk;
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Pantun nasihat diatas memberi nasihat bahawa jika semakin banyak ilmu yang ada dalam diri hendaklah semakin merendah diri supaya tidak menjadi orang yang takbur dan bongkak.

. Empat Kerat - Budi 

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,T
inggi darjat kerana bahasa.

Pantun budi diatas menunjukkan jika seseorang itu berbudi dia kan nampak tampan,segak, dan indah. Selain itu seseorang  itu akan tinggi darjatnya jika bersopan santun dalam menggunakan bahasa
 
. Empat Kerat - Nasib

Pisau raut hilang di rimba.
Pakaian anak raja di Juddah;
Karam di laut boleh ditimba,
Karam di hati bilakah sudah.Maksud:

 Banyak masalah yang mampu kita hadapi tetapi masalah PERCINTAAN sukar untuk diubati.

. Empat Kerat - Perantau 

Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang;
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.

Pantun perantau diatas bermaksud nasib perantau yang merantau di tempat orang yang banyak kesusahan.

9. Empat Kerat - Adat 

Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.

Pantun adat diatas menunjukan salah satu adat melayu iaitu jika sudah berkenan dengan seseorang wanita hendaklah masuk meminang sebagai tanda pengikat bahawa perempuan itu sudah berpunya.


10. Empat Kerat - Kepahlawanan

Patah rotan tali bersilang,
Batang meranti rimbun berjejal;
Langkah pahlawan di tengah gelanggang,
Berpantang mati sebelum ajal.

Pantun kepahlawanan diatas membawa maksuk seorang pahlawan mestilah berani dantidak boleh sesekali mengalah.

11. Empat Kerat - Peribahasa

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Pantun diatas diambil untuk dijadikan peribahasa dalam bahasa melayu yang memberi maksud untuk menjadi senang seseorang ituperlu bersusah-susah dahulu.

12 . Empat Kerat - Kias dan Ibarat 
 Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.


13. Empat Kerat - Agama

 Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Pantun agama diatas bermaksud selepas sembahyang hendaklah memohon keampunan kepada tuhan.

14. Empat Kerat - Kanak-kanak 

Lompat si katak lompat
Lompat di tepi pagar 
Sekolah lekas dapat
Dan mesti rajin belajar 

Pantun kanak-kanak diatas bermaksud kanak-kanak mesti cepat pandai dan mesti rajin belajar
 

Jenis-jenis Pantun Lain

PANTUN  ENAM  KERAT.
Apa didapat orang berburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi dicelah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tidak berguna, 
Adat dunia sudah begitu.

Maksud
penyantun menggambarkan suasana yang dihadapi oleh pemburu dimana mendapat buruan daripada rusa sama ada jantan atau betina yang bersembunyi di celah batuyang mana merupakan hasil buruan yang bernilai.Perumpamaan ini sesuai untuk menggambarkan sikap manusia yang sering meninggalkan pasangannya apabila memperoleh pasangan yang lebih secocok daripada pasangan yang lama.inilah realiti kehidupan.
 


PANTUN  LAPAN  KERAT.
Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain disitu,
Berkejar-kejar anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukurlah aku pada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
 Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Maksud
Rangkap pantun ini menggambarkan sifat semula jadi sarang sang lebah yang beradadi pohon dimana disitu jugalah tempat si punai bermain.Nampak dilihat anak rusa berkejaran dari tanah seberang melalui pohon itu.Ini dapat digambarkan pemantun mengaitkan hubungan alam semulajadi agar menuntut kita sentiasa bersyukur kepada tuhan.Nasib manusia tidak semuanya indah dan pasti akan melarat sepanjang masa.Bagi mengubat hati kita mengharapkan kasih daripada orang lain.
 


PANTUN  SEPULUH  KERAT
Kain selendang tenunan Kapar
,Putus sehelai atas kasur,
Dialas dengan sapu tangan,
Dibungkus dengan kain kasap,
Diikat dengan benang sutera;
Hidangan sudah terhantar,
Jawat air basahlah tangan,
Tambahkan nasi akan disantap,
Kami dipangkalan bersama-sama.

Maksud
Pemantun menggambarkan nilai kerjasama antara satu sama lain.Ini dapat dilihat melalui perkaitan kain selendang tenunan Kapar yang akhirnya putus maka dialas dengan sapu tangan dan dibungkus dengan kain kasap.Akhirnya diikat dengan benang sutera.Ini dapat dilihat melalui nilai hidup manusia yang apabila mengadakan kenduri pasti akan menghidangkan juadah kepada para tetamu.Dapat dilihat nilai kerjasama yang utuh dalam masyarakat yang pasti akan melakukan perkara secara bersama-sama tanpa mementingkan diri sendiri
 

PANTUN DUA BELA S KERAT
 Anak jentayu dari hulu.
Disambar ombak Laut China,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap melahap di landasan,
Turun minum ke muara, 
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
 Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
Bumi tidak ketirisan