Wednesday, November 21, 2012

Tip Menjawab soalan penulisan Bahasa Melayu UPSR

Tip Menjawab Bahagian A
1.Baca arahan dan fahami kehendak soalan sama ada soalan tersebut berkehendakkan jenis
 "aktiviti","situasi" atau "kegunaan".
  • Aktiviti     > Kata kerja yang berkaitan dengan gambar sahaja boleh ditulis.
  • Situasi      > Jawapan mengambil kira aktiviti dan kesimpulan keseluruhan daripada gambar.Penggunaan kata adjektif diperlukan dalam ayat.
  • Penggunaan  > Jawapan mengambil kira gambar induk dan gambar sirinya.
2. Perhatikan jenis gamabar sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri.
  • Gambar tunggal > kelima-lima ayat perlu ditulis berdasarkan semua aktiviti dan kegunaan yang terdapat dalam gambar.
  • Gambar bersiri(2 gambar) > ayat yang dibina perlu seimbang iaitu 2-3 ayat untuk gambar pertama atau 2-3 ayat untuk gambar kedua yang menjadikan jumlahnya 5 ayat.
  • Gambar bersiri (3 gambar) >ayat yang dibina perlu seimbang iaitu 1-2 ayat untuk setiap gambar yang menjadikan jumlahnya 5 ayat.
  • Gambar bersiri (4 gambar) >ayat yang dibina perlu seimbang iaitu 1 ayat bagi setiap gambar.Kemudian pemilihan 2 ayat bagi satu gambar bengantung kepada kemuncak/klimaks yang terdapat dalam gambar.
3.Buat penanda dengan membuat lorekan pada gambar tersebut dan senaraikan
kata kerja yang sesuai berdasarkan gambar.

4. Catatkan perkara atau perbuatan yang tersurat sekiranya terdapat banyak aktiviti dalam    gambar.Jawapan ayat yang tersirat atau dalam bentuk rumusan diperlukan
sekiranya tidak terdapat banyak aktiviti dalam gambar.

5.Tulis ayat yang lengkap.Ayat yang ditulis hendaklah betul dari segi ejaan dan tatabahasanya.

6.Semak jawapan yang sudah ditulis.Patikan lima ayat sahaja yang ditulis.


Tip Menjawab Bahagian B
1.Baca dan faham ketiga-tiga soalan yang diberi dengan teliti.
2.Pilih karangan yang paling mudah untuk dibuat.
3.Kenal pasti sama ada karangan tersebut jenis berformat atau tidak berformat.
4.Catatkan isi-isi penting.Lakarkan peta minda untuk memudahkan aktiviti
mengumpul dan menyusun isi.
5.Susun isi mengikut keutamaan (sekurang-kurangnya 4 isi).Isi yang paling penting
didahulukan manakala yang kurang penting dikemudiankan.
6. Mulakan menulis karangan.Setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan,
isi dan penutup.
7. Bagi karangan berformat,tulislah mengikut format yang ditetapkan.
8. Tulislah ayat-ayat yang padat dan ringkas.Ayat yang padat dan ringkas dapat
mengurangkan risiko kesalahan struktur ayat.Panjang ayat yang bail ialah
antara 4 hingga 8 patah perkataan.
9. Panjang karangan yang ditulis mestilah tidak kurang daripada 60 patah perkataan.
10.Selepas menulis karangan ,semak semula karangan untuk memastikan tiada kesalahan
dari segi ejaan,tanda baca dan struktur ayat.
11.Kamu digalakkan menulis jumlah perkataan yang kamu gunakan dalam karangan.
12.Masa yang diperuntukan untuk menjawab ialah 40 minit.30 minit untuk
 menjawab soalan dan 10 minit untuk menyemak karangan.

Tip Menjawab Bahagian C
1.Baca petikan dan fahami kehendak soalan.Baca sekurang-kurangnya dua kali untuk
memahami apa yang dikemukakan dalam petikan.
2.Gariskan dan catat bahagian yang mengadungi nilai-nilai murni atau pengajaran.Catatkan
seberapa banyak nilai yang terdapat dalam petikan.Isi yang dicatat mestilah sekurang
-kurangnya lima isi.Masa yang dicadangkan ialah sekitar 5 minit.
3.Buat peta minda daripada perkataan yang digaris.Isi dapat mengelakkan kamu daripada
menulis isi yang sama dalam ulasan kamu.olah ulasan kamu dengan ayat kamu sendiri.
4.Tulis ulasan kamu dalam satu perenggan sahaja.
5. Setelah siap menulis,semak jawapan kamu.Pastikan tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
6.Pastikan jumlah perkataan tidak melebihi daripada yang telah ditetapkan iaitu 40 patah
perkataan.
7.Nilai-nilai murni yang terdapat dalam sukatan pelajaran ialah:
  • baik hati
  • berdikari
  • rajin
  • jujur
  • adil 
  • bersyukur
  • kasih sayang   
  • berhemah tinggi
  • kebebasan
  • hormat-menghormati
  • menjaga kebersihan  
  • kesederhanaan
  • semangat nasional
  • semangat bermasyarakat                                

                     

3 comments:

  1. Panduan ini sangat berguna kepada pelajar yang bakal menduduki UPSR

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas galakkan yang diberikan.

    ReplyDelete