Sunday, December 9, 2012

Kata Pameri



Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah

Perbezaan Ialah Dan Adalah
Kata Pemeri ialah hendaklah digunakan di hadapan kata nama. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri ialah .
1. Pengetua sekolah saya ialah Paun Rahimah Bt. Abdullah.
Kata pameri adalah digunakan di hadapan kata adjektif atau kata sendi nama seperti berikut:
2. Tarikh kejohanan itu adalah pada 15 Mei 2010.
3. Adalah sukar untuk beliau membuat keputusan itu.
Namun demikian kata pameri adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja seperti dalam ayat di bawah ini:
4. Keputusan penyertaan adalah  bergantung pada pihak pengurusan syarikat tersebut. (salah)
Kata pemeri ialah pula boleh diikuti kata kerja atau frasa kerja yang berfungsi sebagai kata nama atau frasa nama.
Contohnya:
5. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak.

Latihan Kata Pameri

1 comment: