Lima kemahiran asas dalam KSSR
1) Kemahiran Mendengar dan Bertutur
- kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan ,menyampaikan maklumat ,pendapat,perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul ,secara sopan dan bertatasusila.Penekanan juga diberi kepada penggunaan tatabahasa yang betul.
- merupakan asas kemahiran dalam kemahiran bahasa
- Murid bertutur dalam bahasa yang mudah ,tepat dan jelas.
- Guru memberi peluang kepada murid berlatih mendngar sebanyak yang boleh.
- tumpuan kepada sebutan,intonasi dan jeda.
2)Kemahiran Membaca
Bacaan Mekanis
- Bacaan kuat untuk memastikan murid menguasai sebutan yang betul.
- Boleh dijalankan secara individu,berpasangan,kumpulan.
Bacaan Akaliah
- bacaan senyap dan faham
Bacaan Intensif
- bacaan yang memperkembangkan kebolehan meneliti,memahami dan mentafsiir apa yang dibaca dengan tepat
Bacaan ekstensif
- bacaan luas yang menekankan aktiviti membaca di luar P&P untuk mendapat pengetahuan yang luas
3) Kemahiran Menulis
- merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
- penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul,serta tulisan yang jelas dan kemas.
4) Aspek Seni Bahasa
- merujuk aspek kebahasaan,keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid.
- Murid menyebut,memahami dan menghasilkan lirik lagu yang mengandungi mesej serta boleh menyampaikannya secara didik hibur.
- Murid mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas melalui lakonana secara didik hibur.
- Murid dapat memahami pantun empat kerat dengan betul.
5) Aspek Tatabahasa
- merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menguasai mengikut cara dan sistem yang betul.
No comments:
Post a Comment